Saturday, January 28, 2012

Peralihan minda mungkin kerana peningkatan usia?

Dalam hidup ini tiada yang lebih menggembirakan jika melihat ahli keluarga kita berjaya dalam kehidupan mereka. Begitu juga aku. Aku gembira melihat suami ku kini berjaya mencapai cita-citanya untuk memiliki sebuah teksi biru, teksi eksekutif. Alhamdulillah semenjak dia menjadi seorang pemandu teksi eksekutif, rezeki kami tak pernah putus. Walaupun hidup kami masih belum boleh dikira stabil, masih tidak kukuh tapi ada peningkatan berbanding dahulu. Moga apa diusahakan akan meningkat lagi dan akan lebih berkembang, Insyallah.

Aku pula, masih lagi berniaga seperti biasa. Dan aku juga Alhamdulillah walaupun kini bekerja seorang diri, aku dapat melihat rezeki aku juga mempunyai peningkatan. Dahulu ada hari sepinggan pun tak dapat nak jual tapi kini, paling tidak sehari akan ku bawa pulang paling kurang RM60 dalam tangan, itu setelah ku tolak semua yang perlu ku langsai di kedai. Syukur kepadaMu Ya Allah kerana Kau telah memberi kami ruang rezeki ini walaupun kami ini hambamu yang hina.

Mahu ku cerita takut dikatakan tidak ikhlas, tapi aku mahu luahkan juga.Sedar tak sedar, aku kini lebih kepada agama dalam kehidupanku seharian. Dalam hatiku ini ku sayu sesekali, aku sendiri tak pasti apa yang aku fikirkan tapi yang aku pasti ia semua ada berkaitan dengan Allah dan agama. Aku sedar aku masih lagi banyak sangat sangat kekurangan diri. Dan aku juga tahu ada benda yang tidak elok aku masih lakukan dalam hidupku. Mungkin sebab perkara2 tidak elok itu masih aku lakukan, itu yang menyebabkan aku was was dengan keikhlasan diriku ini terhadap Tuhan. Aku rasa aku tidak layak untuk memohon apa apa dariMU, aku juga merasa sangat hina untuk menghadapMU, tiap kali ku solat, aku takut solatku tidak diterimaMU. Aku was was dengan diriku, aku tak yakin yang aku ini serius utk berubah. Tapi aku tahu hati ku sangat sangat ingin berubah. Ak memohon petunjuk utk aku berubah. Yang paling aku sedih, apabila suamiku sendiri nampak gaya masih tidak mendapat cahaya nurMu Ya Allah. Bantulah aku supaya dapat aku membantu dia utk berubah juga dan lebih mengingatiMU. Rezeki yang Kau berikan pada kami ini, sungguh ku takut akan Kau tarik nya kembali hanya kerana kealpaan kami dalam mengingatiMu. Aku sungguh takut kami tidak dapat berfungsi sebagai sebuah keluarga yang baik hanya kerana tidak mendapat cahaya NurMu itu. 

Memang tanggungjawab ketua keluarga di bahu seorang suami, tapi bagaimana jika sang suami masih tidak mampu untuk memimpin dari segi agama dan akhlak? Aku taku tmemikirkan masa depan anakku Nur Wafa Qaisara. Aku takut dia dibesarkan dengan melihat ayah dan ibunya alpa dalam menunaikan solat, aku takut dia melihat ayahnya lupa tanggungjawab memberi nafkah pada kami, aku takut dia sedar yang kami ini sangat serba kekurangan. Dunia sekarang amat mengerikan aku. Aku bukan insan sempurna dan aku juga banyak melakukan dosa besar dalam kehidupan aku. Tapi aku berharap sungguh aku dapat berubah diri ini Ya Allah. Aku mahu kehidupan Wafa serba serbi cukup dari segala segi, terutamanya dari segi agama. Aku mahu dia dapat menyelamatkan kami yang hina ini diakhirat kelak. Aku mahu anak aku dapat membacakan ayat2 Al-Quran untuk aku dan suamiku bila kami tiada lagi nanti.

Setulus hati aku mencintai suamiku, Mohd Nizam bin Mohd Rosli. Walau sebanyak mana dugaan dan juga onak duri yang perlu ditempuh, biarlah kami menempuh semuanya bersama-sama. Aku hanya mahukan yang terbaik dalam hidup kami dunia dan akhirat. Aku mahu bahagia di dunia dan kekal bersamanya di akhirat. Tapi yang paling utama, aku mahu dia mampu menjadi ketua keluarga yang baik kepada aku dan anak. Aku sanggup menunggu untuk dia berubah tapi bantulah aku untuk mempercepatkan kesedaran itu sampai kepadanya kerana masa itu emas, dan ia tidak akan berhenti untuk menunggu sesiapapun. Ajal itu pasti dan tiada siapa tahu bila tiba masa mereka. Aku tak mahu terlewat untuk berubah. Aku juga tak mahu suamiku terlewat untuk berubah. Ak pasti, dengan adanya kekuatan iman, dengan adanya kerohanian yang lengkap, Insyallah kehidupan akan menjadi lebih baik, lebih bahagia dan sesungguhnya lebih berkat rezeki yang datang itu.

No comments:

Post a Comment