Sunday, May 20, 2012

MASALAH KU!!!

Aku rasa memang ada something wrong with me right now.  Aku rasa aku depress dan aku rasa aku lost. Yang paling best, aku tak tahu nk rujuk kepada siapa. Nizam?? Do u think he knows the answer, he practically knows nothing bout me. Yang dia tahu aku bini dan aku jaga wafa, dia keje cari duit. Lain x penting. 

Aku rasa aku ni lack of support from the people that i'm suppose to get support from. Hanya Umi and Abah yang betul2 support aku dr belakang. Dan aku sgt sgt bersyukur kerana ibu bapa ku lah penyokong kuat ku. Dan sebab diaorg penyokong kuatlah aku depress sebab aku tahu aku sekrg masih menghampakan diaorg. Aku masih x cukup nak happy kan diaorg, aku masih x mampu nak bg balik apa yang diaorg dh bagi ke aku selama ni. Aku frust sgt kerana aku masih GAGAL dalam segala galanya. 

Dugaan ke ini Ya Allah?? Dugaan ini aku rasa berat sgt dan dari sehari ke sehari aku makin ketinggalan kerana aku masih x dpt pinpoint apa masalah aku ni sebenarnya. Keluar dr kursus DAO aku sgt bersemangat. Aku tepis semua yang aku rasa negatif di sekeliling aku tapi makin lama aku makin x berdaya nak tahan tembok pertahanan aku tu sengsorg. Lagi2 bile bisnes tgh down and aku makin kehilangan customer, aku rasa sgt sgt SANGAT DOWN. Aku byk diam, aku xnk amik [port apa org buat, ckp, aku stress suami aku x paham keadaan aku. Aku geram hidup aku xde duit je memanjang. Semua aku geram
semua aku marah. Aku paling marah dgn diri aku. Aku rasa macam aku sebenarnya boleh buat lebih baik. Tapi aku sendiri yang x nampak jalan tu. Aku rasa nk pijak2 kepala aku ni supaya idea keluar. Idea utk improve semuanya. 
Konsep  MESTI. Ya, aku tahu masalah utama aku ialah MENTOR. Aku sememangnya tiada mentor dalam hidup ni. Tak ada sorg pun aku jadikan idola dan xde sorg pun yang aku rasa sesuai dijadikan mentor utk aku. Sombong ke aku fikir mcm tu? BOngkak ke? Aku pun x tau. Yang aku tau ni la punca aku x berjaya sampai sekrg sebab perkara yang no 1 itu aku xde dalam diri. 

ELMU = aku belajar dr sekeliling tapi aku xde guru yang specific. Aku rasa dgn ada guru maknaya aku ada MENTOR, dan dengan ada MENTOR aku akan dapat ELMU. DAO memang idola semua tapi aku dalam bidang masakan aku perlukan seorang yang betul2 aku boleh panggil GURU. Aku perlukan itu. Cukup ke berguru dgn buku atau youtube??? hmm.....

Aku akan try dua benda ni dulu. Mana tau ada sikit penyelesaian yang aku dpt dr ini kan. 

MENTOR dan ELMU

Ya Allah, aku mohon YA Allah, Kau dengarkan lah rintihan hambaMu ini Ya Allah. Aku mohon Kau berikan aku cahaya yang dapat membantu aku dalam membaiki kehidupan aku yang teruk ini. Temukan aku dengan seorang yang aku layak panggil GURU dan dengan guru inilah aku mahukan ILMU ELMU . Ya Allah, hanya Kau yang mendengar segalanya dan hanya Kau yang dapat memberi apa yang aku Mohon ini. Aku mohon, Aku merayu aku MEMINTA Ya Allah dengan sesusungguh hatiku YA Allah, Demi Anak ku Nur WAFA QAISARA binti MOHD NIZAM demi kedua ibu bapa ku dan demi kebahgiaan keluargaku, TUNAIKAN LAH YA ALLAH PERMInTAAN KU INI, Sesungguhnya ENGKAU YANG MAHA BERKUASA DAN ENGKAU MAHA BESAR, Amin YA RABBAL "ALAMIN

Saturday, January 28, 2012

Peralihan minda mungkin kerana peningkatan usia?

Dalam hidup ini tiada yang lebih menggembirakan jika melihat ahli keluarga kita berjaya dalam kehidupan mereka. Begitu juga aku. Aku gembira melihat suami ku kini berjaya mencapai cita-citanya untuk memiliki sebuah teksi biru, teksi eksekutif. Alhamdulillah semenjak dia menjadi seorang pemandu teksi eksekutif, rezeki kami tak pernah putus. Walaupun hidup kami masih belum boleh dikira stabil, masih tidak kukuh tapi ada peningkatan berbanding dahulu. Moga apa diusahakan akan meningkat lagi dan akan lebih berkembang, Insyallah.

Aku pula, masih lagi berniaga seperti biasa. Dan aku juga Alhamdulillah walaupun kini bekerja seorang diri, aku dapat melihat rezeki aku juga mempunyai peningkatan. Dahulu ada hari sepinggan pun tak dapat nak jual tapi kini, paling tidak sehari akan ku bawa pulang paling kurang RM60 dalam tangan, itu setelah ku tolak semua yang perlu ku langsai di kedai. Syukur kepadaMu Ya Allah kerana Kau telah memberi kami ruang rezeki ini walaupun kami ini hambamu yang hina.

Mahu ku cerita takut dikatakan tidak ikhlas, tapi aku mahu luahkan juga.Sedar tak sedar, aku kini lebih kepada agama dalam kehidupanku seharian. Dalam hatiku ini ku sayu sesekali, aku sendiri tak pasti apa yang aku fikirkan tapi yang aku pasti ia semua ada berkaitan dengan Allah dan agama. Aku sedar aku masih lagi banyak sangat sangat kekurangan diri. Dan aku juga tahu ada benda yang tidak elok aku masih lakukan dalam hidupku. Mungkin sebab perkara2 tidak elok itu masih aku lakukan, itu yang menyebabkan aku was was dengan keikhlasan diriku ini terhadap Tuhan. Aku rasa aku tidak layak untuk memohon apa apa dariMU, aku juga merasa sangat hina untuk menghadapMU, tiap kali ku solat, aku takut solatku tidak diterimaMU. Aku was was dengan diriku, aku tak yakin yang aku ini serius utk berubah. Tapi aku tahu hati ku sangat sangat ingin berubah. Ak memohon petunjuk utk aku berubah. Yang paling aku sedih, apabila suamiku sendiri nampak gaya masih tidak mendapat cahaya nurMu Ya Allah. Bantulah aku supaya dapat aku membantu dia utk berubah juga dan lebih mengingatiMU. Rezeki yang Kau berikan pada kami ini, sungguh ku takut akan Kau tarik nya kembali hanya kerana kealpaan kami dalam mengingatiMu. Aku sungguh takut kami tidak dapat berfungsi sebagai sebuah keluarga yang baik hanya kerana tidak mendapat cahaya NurMu itu. 

Memang tanggungjawab ketua keluarga di bahu seorang suami, tapi bagaimana jika sang suami masih tidak mampu untuk memimpin dari segi agama dan akhlak? Aku taku tmemikirkan masa depan anakku Nur Wafa Qaisara. Aku takut dia dibesarkan dengan melihat ayah dan ibunya alpa dalam menunaikan solat, aku takut dia melihat ayahnya lupa tanggungjawab memberi nafkah pada kami, aku takut dia sedar yang kami ini sangat serba kekurangan. Dunia sekarang amat mengerikan aku. Aku bukan insan sempurna dan aku juga banyak melakukan dosa besar dalam kehidupan aku. Tapi aku berharap sungguh aku dapat berubah diri ini Ya Allah. Aku mahu kehidupan Wafa serba serbi cukup dari segala segi, terutamanya dari segi agama. Aku mahu dia dapat menyelamatkan kami yang hina ini diakhirat kelak. Aku mahu anak aku dapat membacakan ayat2 Al-Quran untuk aku dan suamiku bila kami tiada lagi nanti.

Setulus hati aku mencintai suamiku, Mohd Nizam bin Mohd Rosli. Walau sebanyak mana dugaan dan juga onak duri yang perlu ditempuh, biarlah kami menempuh semuanya bersama-sama. Aku hanya mahukan yang terbaik dalam hidup kami dunia dan akhirat. Aku mahu bahagia di dunia dan kekal bersamanya di akhirat. Tapi yang paling utama, aku mahu dia mampu menjadi ketua keluarga yang baik kepada aku dan anak. Aku sanggup menunggu untuk dia berubah tapi bantulah aku untuk mempercepatkan kesedaran itu sampai kepadanya kerana masa itu emas, dan ia tidak akan berhenti untuk menunggu sesiapapun. Ajal itu pasti dan tiada siapa tahu bila tiba masa mereka. Aku tak mahu terlewat untuk berubah. Aku juga tak mahu suamiku terlewat untuk berubah. Ak pasti, dengan adanya kekuatan iman, dengan adanya kerohanian yang lengkap, Insyallah kehidupan akan menjadi lebih baik, lebih bahagia dan sesungguhnya lebih berkat rezeki yang datang itu.